Kremation bukanlah satu nama asing bagi peminat deatrh metal tanahair mahupun antarabangsa. band yang ditubuhkan pada 1992 ini telah diasaskan oleh empat anak muda kelahiran Bumi Kenyalang. Ahli-ahlinya terdiri daripada Amir (G/V), Nasheir (B), Bend (D), dan Norman (G). Walaubagaimanapun penyertaan Bend dan Norman bersama Kremation hanya beberapa bulan sahaja disebabkan masalah peribadi yang mana kemudiannya diambil alih oleh Norden (D) dan Sam Burn (G).
Pada tahun 1995, mereka megeluarkan 'promotape' dan kerap mengadakan show bersama band-band seperjuangan seperti Verdqah, Infernal, Worship, Larrong, Nesferator, dan lain-lain lagi yang mana julung kalinya dianjurkan oleh pihak-pihak studio dan label-label underground seperti Menjrex Nerto Production yang sedikit sebanyak telah membantu dalam membangunkan sence metal di Serawak. Di penghujung tahun yang sama, Anir telah mengambil keputusan untuk menarik diri atas alasan ingin menumpukan perhatiannya pada pelajaran dan kemudiannya diikuti oleh Norden. Dengan itu, ahli yang tinggal hanyalah San Burn (G/V) dan Nasth Sheir (B/V). Maka sekali lagi mereka berhadapan dengan masalah line-up sehingga segala aktiviti yang membabitkan Kremation terhenti seketika dan mula menyepikan diri. Namun demikian, ia tidak sekali-kali melunturkan semangat kedua anak muda ini dalam meneruskan perjuangan mereka atas nama KREMATION.
Setelah hampir dua tahun menyepi, akhirnya Nasth dan Sam Burn telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan 'promotape 97' yang menyusul pada tahun 1997 dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan terutama dari kalangan pengikut setia mereka. Pada masa yang sama juga mereka telah memperlawa Rithman untuk menyertai Kremation sebagai pemain guitar utama.
Kemudiannya, pada pertengahan tahun 1999 mini album telah diterbitkan oleh Nebuila Production manakala Ponnycanyon (M) telah bertindak sebagai wakil pengedar di seluruh negara. Apa yang paling
membanggakan mereka mini album tersebut telah mendapat perhatian daripada para peminat muzik irama berat di France dan Australia sejak lagu-lagu mereka diputarkan di station radio di sana. malah mini album tersebut juga telah mendapat liputan yang menarik di magazine-
magazine underground tanahair mahupun antarabangsa sehingga digelar 'Raja Death Metal Bumi Kenyalang'.
Justeru itu, pada tahun 2000 sekali lagi mereka telah muncul dengan album terbaru yang di beri judul The Curse Of Headhuntr dan telah berada dipasaran. Apa yang menarik tentang album yang dirakamkan di Lelengau Digital Studio ini terdapat sebuah lagu yang menyelitkan alat tradisional Serawak iaitu Sape selain Gong dan Engkrumong. Album tersebut merupakan kesinambungan bagi mini album - REBORN, cuma perbezaannya adalah kali ini mereka ingin mengajak pendengar meneroka alam fantasi dan misteri kisah-kisah tanah tumpah darah mereka iaitu Serawak. Tidah ketinggalan juga terselit beberapa lagu yang berunsurkan ketuhanan.
North Poem Records, salah sebuah label underground dari utara Semenanjung Malaysia yang banyak mencungkil bakat-bakat band baru serta mempunyai potensi untuk maju kehadapan khususnya irama berat telah diberi kepercayaan untuk menerbitkan album Kremation.
Bagi proses rakaman album kali ini hanya membabitkan dua orang anggota tetap Kremation iaitu San Burns dan Nasth Sheir sahaja. Ritman (G/K) tidak dapat bersama sebab beliau masih terikat dengan kontrak bermain di kelab-kelab malam sekitar Kuala Lumpur bersama kumpulan X-Ample. Walau bagaimanapun Kremation telah mengundang seorang pemain gitar jemputan iaitu Weast bagi menggantikan posisi Rithman buat sementara waktu dan membantu dalam menjayakan lagi rakaman tersebut.
Kremation terdiri daripada:
Ritman - Gitar
San Burns - Guitar / Vocal
Nasth Sheir - Bass / Backing Vocal
Discografi
Promotape 95
Promotape 97
EP - Reborn
LP - The Curse Of HeadHunter
(article by Kremation)
Yeah....
that's the bio of Kremation. this article being for a long long time a go.....but for me it still relevan.
For thos who did not know Kremation, this is some knowledge for us to share. this interview already done on The Curse Of HeadHunter album. So.....
The Curse Of HeadHunter of Head Hunter already at the market, but faced the time roblem where it scheduled to released early than this...so why it became late...
Kremation: Album ini bukan bertajuk The Curse Of HeadHunter tetapi 'HeadHunter Revenge". Tajuknya telah ditukar pada saat-saat akhir dan sudahpun berada di pasaran sejak disember 2000. Faktor utama yang meyebabkannya lambat release ialah kerana MASA, kami agak
'tight'. Masing-masing terikat dengan jadual kerja/karier yang agak ketat. So, rakaman selalunya hanya akan bersambung sekiranya kami ada masa lapang sahaja dan sudah pasti keadaan ini mempengaruhi proses rakaman.
Kremation song mix with element of Serawak's tradisional for this album Headhunter ...do you thnk it is as a step on build Kremation identities?
Kremation: Sebabnya kerana kami sukakan alat muzik tersebut terutamanya 'Sape' iaitu sejenis alat muzik traditional Serawak yang pernah menjadi bahan hiburan nenk moyang kita sebelum adanya gitar, piano dan drum di tanah Serawak ni suatu masa dahulu. So....kamipun rakamkan satu lagu instrumental dengan menggunakan kesemua alat muzik tradisional. Ni kira tribute to them lah.....hahahahaha...Kesian depa...letihletih cipta alat muzik tapi tak dak sapa nak bagi 'penghargaan'. Maka adalah tanggungjawab kita sebagai generasi baru menjadi pelapis untuk menjaga dan mempertahankannya daripada luput ditelan zaman. Takkan nak guna alat muzik omputeh je kan?......Sesekali tu....giliran kita pula introduce alat muzik 'klasik' tanahair kita ke negara luar. Sambil berhibur kita gunakan kesempatan yang ada untuk mempromosikan tanahhair kita.
As a Serawakian that already success, can you tell us regarding sence and acceptable Underground sence for kind music such as Metal and are you guy frequently plays gig?
Kremation: Kami diberitahu oleh Mr. Jimmy of Muzik Trak yang selling kami punya Split Ep Kremation agak memberansangkan jika dibandingkan dengan band-band lain....Alhamdulillah....gig?????...Sekarang kami jarang main gig sebab sibuk dengan tugas masing-masing. Apapun...kami mungkin akan join gig yang akan diadakan pada bulan Mei (Sibu) dan Jun (Kuching)...kami diberitahu promoter bahawa Tasyim juga akan turut sama berkongsi satu pentas nanti...
Kremation...
a band that plays metal music with speed and heavy element. It kind a different with other local band in Malaysia..and it will be my best playlist that i never have......Last nit least thanx for KREMATION for answering the questions.